Tuesday, October 06, 2009

PEPERIKSAAN PMR

Tiada n3 raya khas dari saya. Tahun ni raya dalam kesedihan kerana pertama kali berhari raya tanpa mak tersayang. Persiapan serba sederhana.

Esok peperiksaan PMR (Penilaian Menengah Rendah) akan bermula. Bagi ibu-ibu yang mempunyai anak yang akan mengambil peperiksaan ini pasti turut berdebar-debar. Begitu juga saya. Anak kedua saya, Nurul Syahiirah atau Angah akan mula menghadapi peperiksaan ini esok. Hanya doa, sembahyang hajat dan selebihnya berserah kepada Allah yang dapat saya buat agar anak saya beroleh kejayaan. Suami saya kata peperiksaan ini seperti berperang. Kita hendaklah buat persediaan yang rapi agar mendapat kejayaan.

Selamat berjuang buat Angah. Ibu sentiasa mendoakan kejayaan Angah.


1 comment:

  1. Sudah 3 kali Syawal kami sekeluarga beraya tanpa mama. Kali pertama menyambut Syawal tanpanya kami semua cuba untuk tidak bercakap mengenai mama, saya juga menahan airmata dan buat lawak bodoh... tapi dalam hati Tuhan sahaja yang tahu...

    ReplyDelete