Thursday, December 17, 2009

HIJRAH???

Hasrat untuk berhenti kerja telah saya suarakan kepada beberapa orang kenalan dan juga ahli keluarga. Bermacam-macam pendapat yang saya terima. Rata-rata tidak bersetuju dengan hasrat saya itu. Mungkin ramai yang kurang jelas kenapa dan mengapa saya berhasrat untuk berhenti. Untuk berterus terang kepada semua orang, mungkin tidak rasanya. Ianya hanya membuka kepincangan pengurusan di pejabat saya yang juga akan memalukan saya. Paling tidakpun saya hanya berkata 'Nak duduk rumah pulak, jaga anak-anak'.

Saya senaraikan beberapa pandangan yang saya terima tentang hasrat saya berhenti kerja ni.

Dari seorang Ustazah :
Tak sayang ke? Ada kawan saya, juga nak berhenti kerja, saya tanya dia balik 'Kalau laki kau cari lain, macammana? Kalau kau bercerai macammana? Kalau laki kau mati macammana?Anak-anak kau kecil lagi. Jangan berhenti'. Termenung saya sekejap mendengar hujah seorang Ustazah. Begitu jauh pandangan negatif seorang Ustazah. Tiada nada positif untuk menasihatkan kawan. Saya jawab balik 'Ustazah, saya berfikiran positif untuk berhenti kerja ni. Kalau kita fikir negatif macam yang Ustazah cakap tu, akan negatiflah jadinya'. Pada mulanya saya fikir Ustazah ni akan mengalu-alukan hasrat saya untuk menumpukan pada rumahtangga, tapi sebaliknya.

Dari kawan-kawan :
Tak boring ke nanti duduk rumah aje. Kan dah biasa kerja. Saya jawab, 'Boring atau tidak terpulang pada kita. Banyak aktiviti kita boleh buat, bukan sekadar duduk rumah menunggu suami dan anak-anak balik atau memerhati pusingan jam'

Dari adik beradik/saudara mara :
Tidak memberi komen kerana keputusan di tangan saya. Dan mereka juga tahu situasi saya. Tapi ada juga yang cakap 'Bertahanlah kat tempat kerja tu, selagi boleh bertahan'

Dari anak-anak :
Tidak bersetuju kerana nanti kawan-kawan tanya ibu kerja apa? Jawabnya surirumah. Lagi satu nanti jadual ibu berubah. Saya kata nanti jawab dengan kawan-kawan, ibu kerja dengan abah sebab abah yang bayar 'gaji' ibu setiap bulan. Ha ha ha... anak-anakpun suka tengok ibunya berkerjaya.

Dari suami :
Abang tak kisah. Terpulang pada Su.

Secara peribadi memang saya sangat sayang kepada syarikat tempat saya bekerja sekarang. Saya sudah sebati dengan kerja-kerja di sini. Tapi bayangkan telah 10 tahun tiada kenaikan gaji langsung kepada semua kakitangan. Saya rasa benar-benar tidak dihargai oleh majikan. Ramai rakan-rakan sekerja yang telah terlebih dahulu berhenti kerja. Tiga empat tahun masa zaman gawat mungkin masih boleh bertahan. Tapi sekarang ekonomi agak memberangsangkan. Kenapa gaji masih di takuk lama.

Saya pula masih boleh bertahan sehingga ke hari ini kerana saya tak boleh berhijrah ke tempat lain. Rumah saya di sini. Dan Alhamdulillah saya juga tiada tanggungan yang berat dan masalah kewangan yang kritikal. Gaji saya hanya untuk keperluan saya. Segala perbelanjaan rumah, anak-anak, bil telefon, kereta, rumah dan segala-galanya dijelaskan suami.

Semoga Allah memberi petunjuk dan jalan kepada saya dalam membuat apa juga keputusan.

5 comments:

  1. Salam Su,

    Boleh buat Istikarah dulu, tapi apa yang penting adalah kepuasan diri sendiri, orang lain hanya beri pandangan pada persepsi mereka sahaja.

    Sedangkan rezeki itu hanyalah dari Allah semata-mata. Sedangkan majikan hanya sebagai jambatan atau penghubung sahaja.

    Pilihlah mengikut kata hati, pandangan orang lain itu hanyalah untuk menidakkan betapa seronoknya menjadi surirumah.

    Semoga Su mencapai kata putus kelak. Apa yang penting su tahu apa yang su lakukan dan mendapat sokongan padu daripada suami

    Saya pernah juga dalam situasi SU, berbeza masalah kerana anak yang sakit. Tetapi alhamdulillah saya kembali dengan diri saya yang sebenar dan rasa bersyukur dengan keputusan untuk bekerja di rumah.

    Salam maal hijrah, semoga kedatangan tahun baru ini memberi sinar baru buat Su

    Wasalam

    ReplyDelete
  2. Salam

    Pendapat saya sama seperti Masayu. Untunglah suami Su tak kisah. Bagi saya lebih mudah kalau suami kita beri sokongan. Rezeki ada di mana-mana. Dok kat rumah pon boleh buat duit. Kita jadi bos sendiri. Saya bangga jadi surirumah !

    Salam maal hijrah juga.

    :D

    ReplyDelete
  3. Salam perkenalan dr saya,

    Sejak saya berkahwin, memang saya suri rumah tetapi saya pelajar. Secara peribadi, suami saya lebih suka saya begini, iaitu menjadi suri rumah- menguruskan rumah, suami dan anak2 sepenuh masa. Kata suami, selagi dia mampu, biarlah dia sorang je yg bekerja. Tapi yang membuatkan saya sedih, keluarga tak menyokong pula. Tapi saya fikir tak mengapa lah, yang penting redha suami. Saya menyarankan juga agar Puan Su solat istikhorah. Semoga mendapat ketenangan dan kebahagiaan..insyaAllah

    ReplyDelete
  4. Terima kasih atas sokongan semua.

    ReplyDelete
  5. salam su..
    salam ziarah .. baru kenal boleh bg comment x?
    istiqarah adalah jln terbaik yg ke dua restu dr suami . klu suami izinkan , ok la.
    secara peribadi .. saya mmg sokong su duduk di rumah. rezeki di mana aja. rezeki bukan kita yg tentukan. Allah yg tentukan . saya juga bekerja . tp rasanya bila dah berumah tangga rasa nak jd suri rumah . kdg2 masyarakat kita pandang pelik klu jd suri rumah . xtau nape . masalah kepincangan masyarakat budak2 skrg suma bermula dr rumah .. hampir 70% pelajar yg bermasalah klu check background family, mak ayah bercerai, mak ayah keja xda masa . bila jd full time house wife , masa byk ngan family . kehidupan lbh family lebih teratur ...

    ReplyDelete